Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Sambutan 100 Tahun ‘Little England’ Penuh Warna Warni

By 28 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Azree/Che Nor

RAUB, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser telah berlangsung dengan gilang-gemilang  disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al Marhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

KDYMM SPB Agong, KDYMM SPB Permaisuri Agong dan KDYMM Pemangku Raja Pahang bergambar di menara jam Bukit Fraser

KDYMM SPB Agong, KDYMM SPB Permaisuri Agong dan KDYMM Pemangku Raja Pahang bergambar di menara jam Bukit Fraser

Bukit Fraser, ataupun turut dikenali sebagai ‘Little England’ merupakan pusat peranginan tanah tinggi di daerah Raub yang terletak di Banjaran Titiwangsa dan memiliki puncak tertinggi 1524 meter dari aras laut. 

Pusat pelancongan ini sudah mencapai usia 100 tahun pembukaannya oleh Louis James Fraser yang berasal dari Scotland bagi perlombongan bijih timah pada awalnya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Haji Wan Rosdy dalam ucapannya menyatakan bahawa Bukit Fraser sering menjadi tumpuan dan lokasi kunjungan oleh pencinta alam semula jadi.

Menteri Besar Pahang berucap pada program dianjurkan oleh Tourism Malaysia.

Menteri Besar Pahang berucap pada program dianjurkan oleh Tourism Malaysia.

“Flora dan fauna yang merangkumi pelbagai spesis yang jarang ditemui menjadikan Bukit Fraser sebagai kawasan alam semula jadi yang unik,” tambahnya lagi.

Seni persembahan yang memaparkan kisah pembukaan Bukit Fraser disampaikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan  turut disertai oleh artis-artis dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang (JKKN) serta artis-artis dari Kementerian Pelancongan Malaysia.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah menandatangani plak Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser sebagai simbolik pelancaran sambutan.

Baginda turut beramah mesra dengan rakyat jelata sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Tinggalkan komen anda