
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)
SANDAKAN, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri kewangan, Lim Guan Eng hari ini meluangkan masa bersarapan bersama penduduk di pasar Kim Fung batu 4 Sandakan.
Ketibaan beliau pada pukul 9 pagi di kawasan tumpuan ini mengejutkan orang ramai yang sedang berbelanja di pasar tersebut.
Ketibaan beliau disambut pemimpin tempatan dan beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung yang ada.
Salah seorang pengunjung, Wong Kok Long berkata beliau amat terkejut dengan kehadiran Menteri Kewangan seterusnya mempelawa beliau minum bersama.
“Saya berasa amat teruja kerana sebelum ini hanya dapat lihat Lim Guan Eng di akhbar dan televisyen sahaja.”
Ditanya mengenai pentadbiran kerajaan masa kini, beliau sangat berpuas hati dan berkata kerajaan sedang melakukan yang terbaik dengan perubahan dalam pentadbiran sangat jelas dan ini harus diteruskan terutamanya usaha memperkasa ekonomi negara dan masyarakat, ujar Wong Kok Long.
Seterusnya, Lim dijadualkan akan menghadiri majlis sesi townhall bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal di dewan masyarakat Sandakan dan seterusnya akan mengumumkan calon parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Sandakan akan datang.
ER