Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

‘Benda Boleh Pangkah Buat Apa Nak Right’, Fahami Perlaksanaan Sistem Demokrasi Negara

By 24 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fandy Azam/Fariza Farnoh

MELAKA, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 90 pelajar Pra – Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad telah mengikuti simulasi pilihanraya yang dianjurkan oleh Kelab Malaysiaku dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Melaka disini, pagi tadi.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar tentang pentingnya amalan demokrasi yang menjadi tunjang utama dalam pentadbiran negara melalui proses pilihanraya yang dilakukan.

Pegawai SPR, Muhammad Ikhwan Mohd Zain, memberi penerangan kepada pelajar dalam simulasi pilihanraya.

Pegawai SPR, Muhammad Ikhwan Mohd Zain, memberi penerangan kepada pelajar dalam simulasi pilihanraya.

“Simulasi pilihanraya ini akan memberi penerangan jelas kepada pelajar bagaimana proses demi proses dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPR), apakah pengundi hantu itu benar-benar wujud? bagaimana cara memangkah dengan betul, peraturan-peraturan semasa mengundi dan banyak lagi,” ujar Mohd Noor.

Manakala bagi pelajar, Nurul Najah Mohd Ridwan, 18, cadangan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun diyakini akan meningkatkan pendidikan politik dalam kalangan anak muda.

 

Nurul Najah Mohd Ridwan, berpeluang menjadi calon yang bertanding.

Nurul Najah Mohd Ridwan, berpeluang menjadi calon yang bertanding.

“Banyak ilmu yang saya perolehi daripada bengkel simulasi pilihanraya ini lebih-lebih lagi saya sebagai calon yang berkempen, peraturan-peraturan semasa berkempen yang ditetapkan oleh SPR harus dipatuhi dan dihormati,” ujarnya.

EM

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda