Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Usul Ekonomi Agenda Utama

By 16 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

Dungun, 16 Apr (MalaysiaAktif) – Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini, pelbagai idea dan cadangan diberikan oleh perwakilan Persidangan Majlis Belia Negara Daerah Dungun yang mengadakan persidangan pertama mereka pada tahun ini di Pejabat Daerah Dungun.

Impak kemelesetan ekonomi negara memberi kesan yang jelas kepada golongan muda dan antara isu yang dibangkitkan termasuklah seperti mewujudkan pusat niaga belia, peluang pekerjaan, kadar pengangguran, geran usahawan belia untuk menjalankan perniagaan serta kos pembelajaran dengan hala tuju selepas pembelajaran (alam pekerjaan).

Pegawai Daerah Dungun, Rosdi Awang hadir merasmikan program

Pegawai Daerah Dungun, Rosdi Awang hadir merasmikan program

Seramai 40 orang ahli mewakili pelbagai persatuan belia menghadiri persidangan kali ini yang turut dihadiri oleh ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah Dungun baru-baru ini.

Pegawai Daerah Dungun, Rosdi Awang dalam ucapan perasmiannya mengingatkan pemimpin belia agar menjadikan Majlis Perundingan Belia Negara sebagai platform mengetengahkan pandangan mereka untuk membantu pihak kerajaan meningkatkan pembangunan negara selain mengetengahkan suara akar umbi belia.

Perwakilan sedang membincangkan usul

Perwakilan sedang membincangkan usul

“Saya berharap dengan program ini, kualiti dan semangat di kalangan belia dapat ditingkatkan sejajar dengan pembangunan pesat negara hari ini,” katanya.

Pengerusi  Majlis Belia Daerah Dungun, Mohd Asmadi Khalib, 37, menyeru para perwakilan memanfaatkan pentas ini untuk memahami dasar kerajaan terhadap pembangunan belia dan dalam masa yang sama dapat memberi idea yang bernas bagi memastikan suara serta usul yang dibawa dapat dipertimbangkan seterusnya diterima oleh pihak atasan.

Mohd Azani Ab.Aziz

Mohd Azani Ab.Aziz

Sementara itu, wakil Persatuan Belia 4B Daerah Dungun, Mohd Khirul Nizam Alias, 36, beranggapan persidangan ini adalah platform terbaik bagi setiap wakil pertubuhan belia menyuarakan pendapat masing-masing bagi memantapkan pergerakan belia di daerah Dungun.

Bagi wakil Majlis Belia Felda, Mohd Azani Ab. Aziz 39, beliau begitu kagum dengan kematangan dan keberanian para perwakilan yang dipilih mengutarakan permasalahan dan rungutan golongan belia yang perlu diambil kira oleh kerajaan.

“Misi dan visi kewujudan persatuan belia akan tercapai jika pandangan golongan ini diterima bagi memajukan negara,” ujarnya.

Persidangan yang berlangsung telah menterjemahkan maksud dan kehendak para perwakilan terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi untuk memastikan generasi muda dibela seiring dengan perkembangan semasa tanah air.

EM

Tinggalkan komen anda