Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Wajah Ceria Asnaf Fakir dan Miskin Terima Bantuan Persediaan Ramadan

By 11 April 2019Julai 17th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto M Zakry Chan (Melaka)

BUKIT KATIL, 10 Apr (Malaysiaaktif – Peningkatan kutipan zakat tahun 2018 sebanyak RM87.8 juta meningkat sebanyak RM2.2 juta berbanding tahun 2017, pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengambil langkah mengekalkan agihan zakat fitrah bagi tahun ini.

Konsep bantuan diberi mengikut jumlah isi rumah yang ditanggung, semakin besar bilangan keluarga maka akan lebih besar bantuan yang akan diterima.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, terdapat 7,975 orang penerima bantuan di kalangan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka. Mereka terdiri daripada 273 orang fakir dan 7,702 orang asnaf miskin.

Penerima sumbangan.

Penerima sumbangan.

“Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, jumlah penerima seramai 418 orang, semua bantuan ini bertujuan meringankan beban rakyat dalam persiapan menyambut Ramadan yang bakal tiba.

“Kerajaan hari ini akan terus bekerja kuat dan berusaha memastikan nasib rakyat terbela dan kekayaan sebahagian yang berkemampuan dapat berkongsi secara harmoni bersama golongan yang kurang berkemampuan.

“Semua ini, membuktikan keprihatian kerajaan yang bertanggungjawab untuk mastikan kesejahteraan hidup masyarakat dan memastikan tiada lagi antara kita yang hidup dalam keadaan serba dhaif,”ujar Adly.

Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Ramadan dan Pengagihan Fidyah kepada Asnaf Fakir dan Miskin (MAIM) 2019 telah diadakan di Dewan JAPERUN Bukit Katil, di sini, kelmarin.

EM

Tinggalkan komen anda