Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Warga Cemerlang, Pesara KKM Diraikan

By 10 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Penjawat awam khususnya anggota di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) di negeri ini disaran agar sentiasa mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi bagi mengelak sebarang salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah berkata, amalan mengutamakan kepentingan umum akan mempengaruhi penjawat awam untuk berkhidmat dengan lebih ikhlas dan bertanggungjawab serta menjauhi mereka daripada amalan salah guna kuasa yang akhirnya merugikan organisasi.

Turut hadir Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pengarah-Pengarah Hospital serta Pegawai-Pegawai Kesihatan Kawasan.

Turut hadir Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pengarah-Pengarah Hospital serta Pegawai-Pegawai Kesihatan Kawasan.

“Setiap penjawat awam perlu menjadikan amalan membudayakan integriti dalam perkhidmatan awam sebagai asas dalam penyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Elemen-elemen amalan positif berteraskan nilai murni seperti jujur, ikhlas, bijaksana, adil, telus dan syukur perlu dihayati dan sentiasa diamalkan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh warga KKM.

Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh warga KKM.

“Nilai-nilai ini akan menjadi benteng menghalang segala tipu daya yang boleh menjerumus ke kancah perbuatan yang tidak bermoral seperti amalan rasuah yang boleh meruntuhkan sesebuah organisasi,” jelas Mohd Shafiq.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 Dan Jasamu Dikenang 2019 bagi anggota KKM Zon Kota Kinabalu anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bertempat di Auditorium Menara Tun Mustapha pada Selasa.

Dato’ Mohd Shafiq ketika menerima cenderakenangan daripada Dr. Christina pada majlis berkenaan.

Dato’ Mohd Shafiq ketika menerima cenderakenangan daripada Dr. Christina pada majlis berkenaan.

Mohd Shafiq menambah, tugas dan tanggungjawab yang di pikul oleh penjawat awam merupakan amanah tuhan yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan ketelusan.

“Setiap ganjaran yang diberi sama ada dalam bentuk bayaran gaji atau penghargaan seperti yang diterima oleh para penerima anugerah perkhidmatan cemerlang merupakan satu pengiktirafan.

Selamat bersara.. Mohd Shafiq ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada kalangan pesara pada majlis tersebut.

Selamat bersara.. Mohd Shafiq ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada kalangan pesara pada majlis tersebut.

“Sehubungan itu, setiap warga KKM perlu menjadi seorang penjawat awam yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menjadi yang terbaik dan berupaya memberikan mutu perkhidmatan bertaraf dunia demi mendukung aspirasi kerajaan,”ujarnya.

Pada majlis ini seramai 776 orang warga cemerlang daripada 10 Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2018, manakala sejumlah 104 orang penjawat awam yang bersara pada tahun 2019 juga turut diraikan.

Timbalan Pengarah klinikal II, Dr. Irene antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2018.

Timbalan Pengarah klinikal II, Dr. Irene antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2018.

Terdahulu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi dalam ucapan alu-aluannya berkata, majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Dan Jasamu Dikenang 2019 antara lain bertujuan meraikan anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang seterusnya menghargai dan meraikan para pesara dan bakal pesara yang telah banyak menabur khidmat bakti dan jasa kepada rakyat di negeri ini.

“Janganlah kita sia-siakan peluang yang telah diberikan kerajaan untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

Mohd Shafiq ketika menyampaikan sijil perkhidmatan cermerlang kepada salah seorang anggota KKM negeri.

Mohd Shafiq ketika menyampaikan sijil perkhidmatan cermerlang kepada salah seorang anggota KKM negeri.

Amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan harus dipelihara dan kita wajib memastikan bahawa setiap ringgit digunakan secara berhemah untuk kesejahteraan negara,” katanya.

Sambil merakamkan ucapan tahniah kepada para penerima APC, Christina turut merakamkan penghargaan kepada para pesara yang telah menabur bakti tanpa rasa jemu dalam perkhidmatan awam.

Antara penerima anugerah Perkhidmatan cermerlang 2018

Antara penerima anugerah Perkhidmatan cermerlang 2018

Katanya, khidmat yang telah dicurahkan oleh para pesara kepada perkhidmatan awam dan KKM amat disanjung tinggi dan dihargai.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Dan Jasamu Dikenang 2019 turut diserikan dengan penyampaian bagi Anugerah Kecemerlangan Kualiti.

Mohd Shafiq dan Dr. Christina merakamkan gambar bersama penerima anugerah, pesara dan seluruh warga KKM yang hadir.

Mohd Shafiq dan Dr. Christina merakamkan gambar bersama penerima anugerah, pesara dan seluruh warga KKM yang hadir.

Antara penerima Anugerah mengikut kategori masing-masing termasuklah Pejabat Pergigian Kawasan Kota Belud , Hospital Kuala Penyu serta Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan dan Jasamu Dikenang, Dr. Muharrir Kamarudin, Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pengarah-Pengarah Hospital serta Pegawai-Pegawai Kesihatan Kawasan.

EM

Tinggalkan komen anda