Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

206 Pemenang SGSP Bawa Balik RM295 Ribu

By 2 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan /foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUANTAN, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 206  dari kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah antara pemenang Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) 2018 peringkat negeri Pahang .

Pengarah BSN Negeri Pahang, Said Azmi Said Ali berkata, “Penyertaan SGSP dinilai dari segi peningkatan simpanan dan pemenang membawa pulang wang tunai dengan nilai keseluruhan sebanyak RM295, 400.”

“Sehingga akhir tahun lalu, SGSP telah menerima sambutan penyertaan yang cukup memberangsangkan daripada pelajar sekolah rendah serta menengah juga pihak sekolah,” ujar Said.

Menurutnya, pemenang pertandingan dipilih berdasarkan peningkatan bersih jumlah simpanan, kekerapan simpanan dan juga purata simpanan sekolah sepanjang tahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Manakala di Pahang, sebanyak 8,000 buah sekolah telah menyertai SGSP  tahun ini daripada 10,180 sekolah seluruh Malaysia dengan jumlah baki simpanan pelajar sehingga RM410 juta sekali gus membuktikan sasaran SGSP tercapai.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Anugerah SGSP yang diadakan di auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

SGSP merupakan pertandingan skim simpanan yang diadakan secara tahunan di mana penyertaannya terbuka kepada pelajar dan dapat mendidik pelajar dengan budaya menabung.

“Ini secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk menabung sejak dari alam persekolahan lagi untuk manfaat mereka pada masa akan datang,” kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Mat Jusoh Che Ngah.

Beliau yang memenangi Anugerah Simpanan Terbaik Sekolah Menengah Luar Bandar bersetuju dengan inisiatif yang dilaksana oleh BSN dapat mendidik pelajar menyimpan dari awal.

 

-KN

Tinggalkan komen anda