Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi Perintis ‘Pumping Room’

By 17 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Nor Adilah Abdullah/FB YM Che Puan Khaleeda Official (Johor Bahru)

KOTA ISKANDAR, 17 Mei (Malaysiaaktif) – YM Che Puan Khaleeda Bustamam menyambut baik program ‘Mama Friendly’ iaitu kemudahan bilik penyusuan kepada penjawat awam wanita yang pertama kali disediakan di Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar.

YM Che Puan Khaleeda berkenan menyampaikan titah ucapan mengenai kepentingan penyusuan ibu yang mampu memberi kesan sepanjang hayat meliputi perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.

“Saya berharap dengan wujudnya bilik ‘Mama Friendly’ tersebut, para ibu yang bekerja dapat menikmati kemudahan dan lebih komited menyusukan bayi mereka. Program seperti ini juga diharap menerima sambutan yang baik dan dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain, syarikat-syarikat swasta serta di tempat awam.

YM Che Puan Khaleeda menyampaikan MOU

YM Che Puan Khaleeda menyampaikan MOU

“Program seperti ini juga diharap menerima sambutan yang baik dan dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain, syarikat-syarikat swasta serta di tempat awam,” katanya bertitah merasmikan Bilik ‘Mama Friendly’, di Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor, Liow Cai Tung.

YM Che Puan berkata, bagi ibu yang memberikan susu kepada bayi mereka juga dapat mengurangkan risiko barah payudara dan ovari selain membantu mengembalikan bentuk badan asal.

YM Che Puan Khaleeda bersama Exco Liow Cai Tung melawat pameran

YM Che Puan Khaleeda bersama Exco Liow Cai Tung melawat pameran sempena program pelancaran tersebut

Sementara itu, Liow Cai Tung berkata  menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), program ‘Mama Friendly’ ini merupakan projek perintis di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar dan seterusnya akan diperluaskan di semua premis kerajaan yang lain.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap soal kebajikan rakyat terutama golongan wanita dan program ‘Mama Friendly’ menjadi antara contoh kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam wanita yang menyusukan anak mereka.

Pada masa sama, beliau berharap ketua jabatan memberi kelonggaran masa kepada kakitangan wanita untuk menyusukan anak mereka di lokasi yang disediakan.

YM Che Puan Khaleeda mendengar taklimat daripada jururawat tentang cara yang betul penyusuan bayi

YM Che Puan Khaleeda mendengar taklimat daripada jururawat tentang cara yang betul penyusuan bayi

“Buat masa ini, pelaksanaan ‘Pumping Room’ ini akan dimulakan di Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi di Kota Iskandar tetapi pada masa akan datang akan diperluaskan lagi di seluruh bangunan kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, bilik penyusuan bayi ini adalah salah satu usaha untuk memberi lebih motivasi dan galakan kepada golongan ibu bekerja untuk terus bekerja dan dalam masa yang sama dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat kepada bayi mereka.

Beliau turut berharap usaha kerajaan negeri itu mendapat sambutan syarikat swasta untuk turut serta memberikan kemudahan sedemikian kepada pekerja wanita.

YM Che Puan Khaleeda juga berkenan menyerahkan MOU antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPDKT) dengan 10 pihak berkuasa tempatan, 3 syarikat  swasta dan 1 NGO untuk pelaksanaan projek ‘Mama Friendly’ di Negeri Johor.

Selain itu, YM Che Puan Khaleeda juga berkenan menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal dan sumbangan kepada anak-anak asnaf.

Tinggalkan komen anda