Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Senyuman Kesyukuran Ramadhan

By 17 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ezzaty Razimi / Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Setiap tahun semua umat Islam pasti teruja dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bulan penuh rahmat seharusnya dimanfaatkan dengan melakukan pelbagai amal ibadah sebelum meraikannya pada bulan Syawal nanti. Berpuasa, menunaikan solat tarawih, mengalunkan ayat – ayat suci Al – Quran antara ibadah yang dituntut bagi umat Islam dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Justeru itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama At-Tanwiriah telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar sekolah tersebut yang merupakan anak-anak yatim dan fakir miskin. Majlis ini juga mendapat kerjasama dari Jakel Segamat, Kelab Sokongan Ibu Bapa (Tanweer) dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Muar (PKUM)

Majlis dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran daripda pelajar sekolah dan anak yatim

Majlis dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran daripda pelajar sekolah dan anak yatim

Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa dan keluarga terdekat bagi anak yatim dan fakir miskin yang diraikan. Objektif penganjuran majlis adalah untuk memberi sinar keceriaan kepada anak-anak dalam menjalankan ibadah bulan ramadhan.

Majlis dimulakan dengan upacara khatam Al-Quran diikuti penyampaian infaq serta duit raya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim seramai 30 orang.

“Saya berasa gembira menerima sumbangan dan duit raya pada hari ini dan saya akan menggunakannya untuk membeli keperluan raya,” kata Muhammad Alif Ruhani,16 penerima sumbangan bagi kategori anak-anak yatim.

Bagi Siti Zafrina Rosdi, 17  beliau sangat menghargai usaha bantuan ini dan berterima kasih kepada pihak penganjur. Sumbangan ini memberi makna kepada keluarganya kerana sedikit sebanyak dapat membantu melengkapkan keperluan asas bagi persediaan menyambut hari raya kelak.

Memberi sumbangan bukan hanya digalakkan dalam bulan Ramadhan tetapi perlu diperbanyakkan  dan diteruskan dalam bulan – bulan yang lain. Bantuan yang diberikan ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

Justeru itu, marilah kita melebihkan ibadah berbanding juadah dan janganlah kita melepasi hari yang berlalu tanpa menghulurkan bantuan,” ujar Fauzi Yusof dalam ucapan penutup majlis yang hadir mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Muar.

Turut hadir YDP PIBG, Mohd Abdul Shukor Abu Na’am dan wakil Tanweer, Mohd Nordin Ahmad.

Tinggalkan komen anda