Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sumbangan Raya AEON – KPDNHEP Ringankan Beban Golongan B40

By 17 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani/ Nurul Wahida Mohd Noor (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Bertempat di AEON Bukit Mertajam telah berlangsung Majlis Sumbangan Raya AEON -KPDNHEP yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam majlis ini seramai 200 orang kanak-kanak dari keluarga golongan B40, berasal dari Kulim menerima sumbangan pakaian raya bersempena Aidilfitri yang bakal menjelma.

YB Menteri beramah mesra dengan salah seorang penerima sumbangan

YB Menteri beramah mesra dengan salah seorang penerima sumbangan

Berucap semasa majlis berlangsung, Datuk Seri Saifuddin Nasution menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak AEON Company Malaysia Berhad atas usaha merealisasikan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melaksanakan Program Sumbangan Raya AEON – KPDNHEP ini. Selain itu, beliau juga berharap agar lebih banyak lagi syarikat-syarikat korporat lain turut sama membuat sumbangan korporat seumpama ini. Dalam ucapan beliau juga menekankan bahawa kementeriannya sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, dan beliau memaklumkan program ini menelan belanja kira-kira 40 ribu bagi menampung keperluan 200 penerima.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, bersama 200 kanak- kanak yang menerima sumbangan

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, bersama 200 kanak- kanak yang menerima sumbangan

Sementara itu, sebelum merasmikan majlis, Datuk Seri Saifuddin Nasution sempat meluangkan masa untuk sama-sama membantu penerima sumbangan memilih pakaian raya. Senyuman kegembiraan jelas terukir di bibir penerima sumbangan serta waris yang turut hadir di sini semalam.

Menurut Puan Nurul Hidayah Daris, 34, ibu kepada adik Muhaimin Daniel Darwisy yang turut menerima sumbangan, beliau berasa terharu dan bersyukur kerana tidak menyangka anaknya terpilih menerima sumbangan. Beliau juga berterima kasih kepada pihak kerajaan atas usaha membantu golongan B40 sepertinya dalam menangani kos sara hidup yang agak terbeban tambahan lagi pelbagai persiapan lain perlu dibuat untuk menyambut Aidilfitri.

Tinggalkan komen anda