Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPulau Pinang

Bantu Asnaf Bukan Hanya Pada Bulan Ramadhan

By 21 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri (Barat Daya)

BALIK PULAU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Bulan puasa adalah bulan ibadah bagi semua orang Islam tidak kira di mana jua berada. Umat Islam dituntut untuk menunaikan ibadah puasa selama sebulan dengan penuh pengharapan agar keampunan diperoleh daripada Allah.

Selain itu, umat Islam dituntut untuk menunaikan zakat kepada golongan yang layak menerima zakat iaitu golongan asnaf.

Mohd Tuah Ismail, ADUN Pulau Betong menyampaikan amanat sebelum penyerahan sumbangan kepada golongan Asnaf

Mohd Tuah Ismail, ADUN Pulau Betong menyampaikan amanat sebelum penyerahan sumbangan kepada golongan Asnaf

Sehubungan dengan itu, Pusat Khidmat ADUN Pulau Betong telah menganjurkan Program Meraikan Asnaf sekitar kawasan DUN Pulau Betong di Masjid Paya Kongsi di sini kelmarin.

Penyampaian bantuan itu telah disempurnakan oleh ADUN Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail. Dalam ucapannya beliau menyeru masyarakat terutamanya umat Islam tampil membela golongan asnaf supaya jurang sosioekonomi dapat dikurangkan.

“Kita sebagai umat Islam tidak seharusnya menjadikan bulan ramadan sahaja dalam membantu golongan asnaf ini sebaliknya kita haruslah sentiasa membantu mereka dari hari ke hari”, katanya.

Beliau turut menasihatkan semua hadirin yang hadir supaya terus meningkatkan amal ibadah kerana bulan puasa bakal berakhir tidak lama lagi.

Antara golong Asnaf yang menerima bantuan

Antara golong Asnaf yang menerima bantuan

“Sedar tidak sedar kita sudah berpuasa selama dua minggu dan tidak lama lagi (bulan) Ramadan ini akan melabuhkan tirainya.Justeru saya berpesan kepada diri saya dan semua yang hadir agar mempertingkatkan ibadah kita supaya diterima oleh Allah”, ujarnya.

Seramai lebih kurang 50 orang golongan asnaf sekitar KADUN Pulau Betong dibantu agar Aidilfitri yang bakal menjelma menjadi hari yang indah buat mereka.

Tinggalkan komen anda