Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Bazar Peduli Rakyat Tawar Harga Lebih Rendah

By 5 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/ Mohd Annasa’e Mohd Syukor (Pokok Sena)

POKOK SENA, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Bazar Peduli Rakyat (BPR) kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di Dataran KEDA, di sini menawarkan harga lebih rendah berbanding pasaran semasa iaitu potongan antara lima hingga 20 peratus.

Rata-rata yang hadir mengambil kesempatan memanfaatkan program kemasyarakatan ditawarkan selain mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan disediakan agensi kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Program Peduli Rakyat seperti ini membuktikan kerajaan sentiasa dan akan terus prihatin terhadap permasalahan dan kebajikan rakyat.

“BPR menjadi platform dalam menyelesaikan isu utama iaitu menurunkan harga agro makanan yang dijual di sini.

“Contohnya hari ini ada tembikai dijual terus dari ladang dengan harga RM1 sekilogram,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bazar Peduli Rakyat, semalam.

Mahfuz (tengah) ketika sesi sidang media, di sini.

Mahfuz (tengah) ketika sesi sidang media, di sini.

Mahfuz turut berharap program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

“Program seperti ini dapat membantu meringankan beban pengguna terutamanya menjelang bulan Ramadan, kerana kerajaan komited berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Semoga pengunjung sentiasa mengunjungi pasar-pasar tani anjuran agensi kerajaan kerana harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaraya,” katanya lagi.

Kira-kira seramai 1000 pengunjung menghadiri Bazar Peduli Rakyat yang dimeriahkan pelbagai agensi antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pertanian dan banyak lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda