Skip to main content
Berita TempatanHomePerak

Kerajaan Negeri Komited Jadikan Rakyat Berdikari

By 5 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)

MANJOI, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 705 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi menerima Kad Prihatin Perak hari ini.

Menurut Ahli Majlis Ahmad Khair Faizal Yahya, penerima Kad Prihatin Perak akan menerima bantuan keperluan asas sebanyak RM80 sebulan dan bantuan kesihatan sebanyak RM300 setahun.

“Kemudahan kesihatan ini boleh digunakan di semua klinik panel yang mempunyai Logo Perak Prihatin di negeri ini.

“Sekiranya Kad Prihatin Perak hilang ataupun mengalami kerosakan, penerima boleh membuat laporan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing, di mana tempoh penggantian kad adalah selama tiga bulan,” ujarnya di Dewan Sg. Tapah, di sini.

Asmuni (tengah) menyerahkan Kad Perak Prihatin kepada 705 penerima yang layak di DUN Manjoi hari ini.

Asmuni (tengah) menyerahkan Kad Perak Prihatin kepada 705 penerima yang layak di DUN Manjoi hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Asmuni Awi turut hadir merasmikan majlis penyerahan ini.

Asmuni berkata bantuan ini adalah usaha kerajaan negeri Perak dalam membantu rakyat daripada tahap bergantung kepada tahap berdikari.

“Saya menyeru rakyat untuk terus berusaha dengan menggunakan kelebihan dan bakat yang ada dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga,” katanya.

Warga emas, Zabidah Mohamed Yusoff, 76, yang hidup keseorangan melahirkan rasa syukur kerana sekurang-kurangnya bantuan ini dapat membantu perbelanjaannya.

Lebih 17,000 orang penduduk Perak menerima manfaat daripada bantuan Kad Prihatin Perak ini.

-SH

Tinggalkan komen anda