Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

MPKK Perantara Masyarakat dan Pemimpin

By 5 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang dari kampung-kampung sekitar Tualang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan menerima sumbangan sempena Ramadan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pokok Sena.

Program menyantuni rakyat ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berterima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang membantu mencari penerima sumbangan sempena program kali ini.

“Peranan MPKK sangat penting dalam masyarakat, selain dapat membantu mereka yang memerlukan, MPKK memainkan peranan penting sebagai perantara pemimpin dan masyarakat,” katanya ketika berucap di Pejabat Penghulu, di sini semalam.

Mahfuz turut berkesempatan untuk turun padang beramah mesra dengan masyarakat setempat, selain mendengar rintihan dan luahan daripada masyarakat Tualang.

Turut hadir bersama ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang, Dzohir Ahmad.

-SH

Tinggalkan komen anda