Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Dua Peratus Penerima Zakat Keluar Status Asnaf

By 14 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak dua hingga empat peratus golongan asnaf disasarkan akan keluar daripada kategori tersebut untuk tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh, peratusan tersebut melibatkan sejumlah daripada 22,000 penerima zakat dari Wilayah Persekutuan sekaligus menukarkan mereka daripada penerima kepada penyumbang zakat.

“Kita akan terus memberi sumbangan kepada golongan asnaf dan menjadikan mereka sebagai penerima kepada kategori pemberi,” ujarnya ketika mengagihkan bubur lambuk kepada warga Kuantan dan berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan Padang MPK 1, di sini baru-baru ini.

Fuziah mengagihkan bubur lambuk kepada warga Kuantan.

Fuziah mengagihkan bubur lambuk kepada warga Kuantan.

Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan berkata bahawa semua instrumen Islam yang dapat memperkukuh kesejahteraan sosial sedang dirangka dan disusun untuk dibangunkan.

“Kita akan melihat semua instrumen Islam, kewangan sosial Islam, wakaf, zakat, dan dasar sosial ekonomi umat Islam sedang dirangka dan menunggu masa untuk diperkasakan.”

“Pembentangan Rang Undang-undang Wakaf pada hujung tahun nanti dilihat akan memperkasakan institusi wakaf kelak, dan semua umat Islam di seluruh negara diharapkan dapat menyumbang kepada institusi wakaf bagi membangunkan sosial ekonomi negara,” tambahnya.

Terdahulu Fuziah bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong mengacau bubur lambuk serta menyampaikan sumbangan kepafa 4000 penerima daripada golongan ibu tungal, anak yatim, asnaf serta pengurusan surau dan masjid di sekitar negeri ini.

-SH

Tinggalkan komen anda