Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

I Care 4U Anjur Buka Puasa Perdana Bersama Masyarakat Orang Asli Gua Musang

By 22 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Foto: Erzufariza Zulkifly (Gua Musang)

GUA MUSANG, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengimarahkan Ramadan kali ini dengan ‘Program I Care 4U: Majlis Berbuka Puasa Perdana’ yang dilaksanakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Betis.

Program ini mendapat sambutan menggalakan dengan kehadiran seramai 500 orang masyarakat Orang Asli dan Melayu. Majlis turut disertai sama ketua-ketua jabatan kerajaan Daerah Gua Musang.

Menurut Pegarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Amir Zakri Mahmad Mahyidin, program ini bukan sahaja sekadar berbuka puasa tetapi untuk menyampaikan bantuan E- kasih kepada keluarga yang layak, di mana 120 sumbangan telah disampaikan kepada ketua isi rumah serta menyempurnakan majlis pengislaman saudara baharu Orang Asli di RPS Kuala Betis.

Majlis Pengislaman Saudara Baru Orang Asli RPS Kuala Betis.

Majlis Pengislaman Saudara Baru Orang Asli RPS Kuala Betis.

Norida Angah, 30, dari Kampung Galang, Pos Hau merupakan seorang penerima sumbangan Bantuan Isi Rumah (KIR ), berkata walaupun telah memeluk Islam selama lima tahun beliau tidak pernah mengeluh untuk berpuasa setiap kali Ramadan tiba.

“Saya rasa gembira apabila dijemput ke majlis ini kerana dapat berbuka puasa bersama sahabat baharu dan ingin berterima kasih kepada pihak JAKIM atas sumbangan yang diberikan,” katanya ketika ditemui.

-NAZ

Tinggalkan komen anda