Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Jabatan Penerangan Kelantan Iftar Bersama Petugas ICQS Pengkalan Kubur

By 22 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 22 Mei (Malaysiaaktif) –Mengeratkan lagi hubungan silaturahim sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini, Pejabat Penerangan Daerah Tumpat telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Makan Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubur petang semalam.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Lim Ann Teck dalam ucapannya berkata majlis sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penjawat awam di Daerah Tumpat.

“Majlis sebegini juga secara tidak langsung dapat membincangkan bersama isu-isu keselamatan sempadan di Daerah Tumpat di kalangan penjawat awam,” katanya.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Encik Lim Ann Teck ketika memyampaikan ucapan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Encik Lim Ann Teck ketika memyampaikan ucapan.

Wakil Ketua Kastam Daerah, Pengkalan Kubor, Mohd Syarizal Mat Zahit mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Tumpat kerana memilih Kompleks ICQS Pengkalan Kubur dan Kastam sebagai tuan rumah untuk program berbuka puasa kali ini.

“Program begini harus diteruskan dari masa ke semasa agar hubungan antara jabatan terus subur dan berkekalan,” katanya ketika ditemui di program berkenaan petang semalam.

Seramai lebih 50 orang yang bertugas di Kompleks ICQS pada petang semalam hadir ke program tersebut yang terdiri daripada Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Kesihatan, Jabatan PerKhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

-NAZ

Tinggalkan komen anda