Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

‘Iftar Ramadan’ Rakan Muda Kreatif Ketengah Nilai Islam

By 16 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/Azlizan Mohamad Razaly (Teluk Intan)

TELUK INTAN, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Hujan yang turun tidak menghalang seramai lebih 120 orang untuk berkumpul di Dataran Menara Condong bagi berbuka puasa bersama-sama, di sini petang semalam.

Majlis ‘Iftar Ramadan’ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak ini merupakan usaha di bawah inisiatif Rakan Muda Kreatif yang melibatkan kerjasama persatuan-persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Teluk Intan seperti Kelab Belia Generasi Baru (BERGEMA) Kampung Selabak, KO-Que, dan Pertubuhan IKRAM Malaysia Teluk Intan.

Menurut Pegawai Belia Daerah Burhanuddin Daud, penganjuran program ini bertujuan untuk meraikan keharmonian rakyat Malaysia dalam menyambut bulan mulia ini.

“Kami berhasrat mengetengahkan nilai Islam yang meraikan hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan latar belakang, dan majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, pengurus program Mohd Ibrahim Mohd Yusuf, memberitahu juadah berbuka puasa itu adalah tajaan daripada pengusaha makanan tempatan dan beberapa individu yang ingin identiti mereka dirahsiakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Negeri Perak, Beh Zeng Kang yang baru sahaja tiba dari Kedah turut bertandang ke majlis berbuka puasa berkenaan bagi meraikan semangat muhibah antara penduduk Teluk Intan yang sudah wujud sejak sekian lama.

Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak Loverinus Dell Jailih, yang merupakan anak jati Keningau, Sabah turut berkesempatan menikmati juadah bersama-sama pengunjung yang lain.

-SH

Tinggalkan komen anda