Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

JaPen Bintulu Agih Bubur Pedas

By 18 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/foto: Robin Junang

BINTULU, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Bintulu tidak ketinggalan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya pada bulan Ramadhan. Salah satu program yang dilaksanakan ialah pengagihan bubur pedas kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Keppel, Bintulu.

Majlis yang diadakan di hadapan Jabatan Penerangan Daerah Bintulu dihadiri oleh ADUN N68 Tanjung Batu, Encik Chiew Chiu Sing. Beliau telah mengagihkan bubur pedas kepada para pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut sambil dibantu kakitangan JaPen dan polis trafik bagi melicinkan pergerakan.

B Chiew Chiu Sing bersama Abg Sardon Abg Hj Hashim mengagih bubur pedas kepada pengguna jalan raya

B Chiew Chiu Sing bersama Abg Sardon Abg Hj Hashim mengagih bubur pedas kepada pengguna jalan raya

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana dapat melaksanakan aktiviti tersebut terutama pada bulan Ramadhan serta berharap banyak lagi aktiviti sosial seperti itu dapat dilaksanakan bagi kebaikan bersama.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Bintulu, puan Pauline Sating, majlis ini adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti jabatan pada bulan Ramadhan. “Sebagai sebuah agensi kerajaan, jabatan juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu walaupun dalam bentuk yang ala kadar,” tambah beliau lagi.

Pada bulan Ramadhan jabatan turut mengadakan program seperti sivik rohani dan pengagihan bubur lambuk atau pedas di  beberapa buah daerah bagi mengimarah bulan tersebut. Selain dari daerah Bintulu, daerah lain yang terlibat mengadakan program sivik rohani dan pengagihan bubur pedas ialah Lawas, Miri dan Sibu.

antara pengguna jalanraya yang menerima agihan bubur pedas

antara pengguna jalanraya yang menerima agihan bubur pedas

Aktiviti seperti ini merupakan tradisi jabatan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan sambil menyumbang kepada komuniti setempat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana memberi sumbangan seperti ini terutama pada bulan puasa,” kata Farizul, salah seorang penerima bubur pedas.

Menurut Osman, “ïnilah kali pertama saya menerima agihan bubur pedas. Terima kasih kepada jabatan kerana dapat mengelolakan majlis seperti ini bagi membantu komuniti.”

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Abang Sardon Abang Haji Hashim, Pengarah Penerangan Sarawak, Ali Suhaili, Timbalan Pengarah Penerangan, Pauline Sating, Pegawai Penerangan Daerah Bintulu serta beberapa pegawai dan kakitangan JaPen Sarawak.

Tinggalkan komen anda