Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

JaPen Komited Perjelas Fakta Tabung Haji

By 24 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suria Karim/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan masyarakat terus mendapat maklumat tepat mengenai sesuatu isu, satu inisiatif mapan bagi memberi penjelasan sebenar kepada pucuk kepimpinan masyarakat telah berjaya dilaksanakan pada hari ini oleh Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Inisiatif kecil namun bermanfaat yang dilakukan ini adalah usaha Jabatan Penerangan (JaPen) untuk menyalurkan maklumat  sebenar berkaitan isu-isu semasa khususnya Fakta Tabung Haji. Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail menjelaskan secara micro Fakta Tabung Haji ini dengan menerangkan hibah ini sebenarnya hadiah yang diisytiharkan oleh Tabung Haji pada tahun semasa mengikut kemampuan kewangan. Hibah ini perlulah mengikut Akta Tabung Haji 1995, Seksyen 22 dengan dua syarat dipatuhi iaitu terdapat untung boleh agih dan jumlah aset mesti tidak kurang daripada jumlah tanggungan atau liabiliti. Sekiranya dua syarat ini tidak dipenuhi Tabung Haji tidak boleh membayar hibah kepada semua pendeposit selayaknya.

Pegawai Penerangan Daerah SPS menyampaikan fakta Tabung Haji kepada golongan sasar

Pegawai Penerangan Daerah SPS menyampaikan fakta Tabung Haji kepada golongan sasar

Menariknya, penjelasan Fakta Tabung Haji ini tidak hanya berlaku melalui komunikasi bersemuka/dua hala sahaja, tetapi pelbagai inisiatif diambil antaranya peranan Jabatan Penerangan Malaysia dengan usahasama Tabung Haji dengan mencetak risalah, pamplet atau bahan infografik bagi tujuan edaran kepada masyarakat awam supaya mereka lebih mudah fahami fakta-fakta penting. Mungkin jika dilihat dengan prospek yang lebih positif, Jabatan Penerangan merupakan pengantara kepada masyarakat dalam mendapatkan sebarang maklumat serta maklumbalas terutamanya apabila ia melibatkan prestasi dasar kerajaan.

Antara pemimpin Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang hadir

Antara pemimpin Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang hadir

Peranan media sosial juga dilihat begitu besar impaknya kepada  golongan muda. Bagaimana golongan ini dengan begitu mudah menyerap maklumat melalui dunia tanpa sempadan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja tanpa kita sedar adakah maklumat itu benar atau sebaliknya.

Dengan itu, bahan inforgrafik yang menarik amat sesuai diperbanyakan untuk golongan ini agar mereka tidak ketinggalan.

Selain itu juga, Jabatan Penerangan sentiasa menjalinkan kerjasama dari pelbagai lapisan masyarakat bagi menyalurkan maklumat serta sokongan padu dalam menyampaikan dasar-dasar Malaysia Baharu serta kejayaan-kejayaan yang diterajui serta dipimpin oleh YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad.

Disamping itu juga, MobileKiosk@JapenSPS (Pusat Maklumat Rakyat) tidak ketinggalan mengedarkan bahan-bahan penerbitan seperti buku kecil, poster pemimpin tertinggi Negara dan sebagainya.

Tinggalkan komen anda