Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Memperkasa Penyampaian Maklumat Kerajaan

By 24 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh

AYER KEROH, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia yang telah ditubuh lebih 100 tahun dan memainkan peranan penting dalam pemasaran maklumat dasar kerajaan sejak awal penubuhannya.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Nurhasnani Abdul Wahab, pelbagai pendekatan baru telah diambil oleh pihak jabatan dalam memastikan semua maklumat dasar kerajaan sampai kepada rakyat melalui pelbagai saluran.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menurunkan tandatangan di buku pelawat di Pameran Jabatan Penerangan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menurunkan tandatangan di buku pelawat di Pameran Jabatan Penerangan.

“Kita telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam memastikan maklumat tepat dan sahih sampai kepada rakyat antaranya melalui khidmat pameran dan edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan melalui media sosial, digital billboard selain menggunakan pelbagai platform lain bagi memastikan segala inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan sampai ke pengetahuan masyarakat di seluruh negara.

“Sukarelawan Komuniti Harapan Malaysia di bawah Jabatan Penerangan sebagai rakan strategik yang bergerak ke akar umbi juga bakal diperluaskan bagi memastikan pendekatan komunikasi bersemuka terus dilaksanakan disamping memperkasakan penyaluran maklumat melalui media siber.

“Selain itu Kelab Malaysiaku yang diwujudkan di sekolah-sekolah menengah juga menjadi platform penting mendidik generasi muda dalam membantu menyebarkan dasar-dasar kerajaan seperti amalan rukun negara, perpaduan kaum, demokrasi berpelembagaan dan sebagainya,”tambahnya.

Manakala, menurut Pengurus Besar Bahagian Pelancongan Melaka, Zairi Suboh, pendekatan Jabatan Penerangan amat penting dalam membantu memasarkan maklumat dasar kerajaan lebih-lebih lagi dalam era kerajaan baharu.

Orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dasar kerajaan yang diedarkan melalui Pusat Maklumat Rakyat.

Orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dasar kerajaan yang diedarkan melalui Pusat Maklumat Rakyat.

“Sokongan agensi kerajaan harus diberi penekanan supaya dasar yang dirancang dapat dilaksana dengan jayanya, terutama peranan Jabatan Penerangan yang melaksanakan program-program di peringkat akar umbi sudah pasti sentuhan hati ke hati mampu meyakinkan rakyat tentang kerajaan baharu hari ini,”ujarnya ketika Majlis Setahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, baru-baru ini.

-KN

Tinggalkan komen anda