Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Jelajah Ramadan Bantu Mereka Yang Memerlukan

By 13 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak lima buah rumah dilawati dalam program jejak kasih dan ziarahi warga emas yang uzur dalam Program Jelajah Ramadan Kariah Masjid Kampung Kolam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada, di sini kelmarin.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar, sumbangan turut diberikan kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya warga emas serta golongan asnaf, dan kerajaan akan sentiasa terus membantu mereka yang memerlukan.

“Jelajah Ramadan ini diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan selain dapat mengeratkan silaturahim di antara pemimpin dan masyarakat,” katanya ketika ditemui berbuka puasa bersama-sama anak kariah di masjid tersebut.

Turut sama dalam ziarah tersebut, Radio Malaysia Kedah FM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam serta Ahli-ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Kolam.

-SH

Tinggalkan komen anda