Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jelajah Ramadan RTM – Menyantuni Penghuni RAY Kg Silad

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Sahiman S. Rahman/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

RANAU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Jelajah Ramadan Jabatan Penyiaran Malaysia (JR RTM) Musim Ke-8 menyantuni 40 orang penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) dan Asnaf di Kampung (Kg.) Silad Ranau yang terletak 111 km dari Kota Kinabalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata program ini merupakan satu platform dan inisiatif berterusan dalam mendekati serta membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa.

Abidin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hainin (dua dari kiri), sambil disaksikan Shakib Ahmad (Kiri) dan Jonathan (tengah), Nor Yahati (tiga dari kanan) dan Malinaziah (dua dari kanan).

Abidin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hainin (dua dari kiri), sambil disaksikan Shakib Ahmad (Kiri) dan Jonathan (tengah), Nor Yahati (dua dari kanan) dan Malinaziah (Kanan).

“Selaku wakil rakyat di kawasan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak RTM dan semua yang terlibat menjayakannya.

“Nilai kerjasama dan persefahaman semua pihak dalam menjayakan program ini perlu diteruskan dan dibudayakan dalam kalangan masyarakat setempat serta pemimpin akar umbi.

Shakib Ahmad sedang mengecat bangunan Perpustakaan Mini dalam sesi gotong royong diperhati oleh Hainin.

Shakib Ahmad sedang mengecat bangunan Perpustakaan Mini dalam sesi gotong royong diperhati oleh Hainin.

“Hal ini penting dalam memastikan pembangunan serta bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan tepat kepada golongan sasar tanpa dihalang oleh karenah birokrasi,” katanya dalam ucapan aluan menyambut ketibaan rombongan JR RTM di RAY Kg. Silad pada Selasa.

Tambah beliau, jabatan kerajaan dan agensi swasta perlu lebih banyak menghulurkan sumbangan bukan hanya pada bulan tertentu malah sepanjang masa bagi memastikan golongan sasar menerima bantuan selayaknya.

Shakib Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abidin (dua dari kiri).

Shakib Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abidin (dua dari kiri).

“Pemimpin-pemimpin setempat, jabatan kerajaan dan agensi korporat perlu memberikan sokongan terhadap program-program seumpama ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada golongan sasar yang memerlukan,” katanya lagi.

Program JR RTM di RAY tersebut merupakan destinasi terakhir selepas jelajah bermula pada 15 Mei di Keningau seterusnya ke Tawau dan Sandakan.

Nor Yahati menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima golongan asnaf (Ibu Tunggal) sambil disaksikan oleh Malinaziah (kanan)

Nor Yahati menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima golongan asnaf (Ibu Tunggal) sambil disaksikan oleh Malinaziah (kanan)

Terdahulu, para peserta JR bergotong-royong membaik pulih asrama dan struktur kemudahan asas lain bagi kegunaan penghuni RAY itu termasuk mewujudkan perpustakaan mini.

Dalam pada itu, ia merupakan kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jabatan Pertanian Ranau, Cement Industry, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Pusat Zakat Sabah, Bank Rakyat serta syarikat-syarikat korporat dan individu lain.

Anak-anak Yatim dan golongan asnaf yang diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Anak-anak Yatim dan golongan asnaf yang diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Shakib Ahmad Shakir; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran( Strategik), Nor Yahati Awang; Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Julaspi; Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan), Alex Liew; Pemimpin Pembanguan Masyarakat Kawasan Paginatan, Hishamudin Harun dan Penyelaras Rumah Anak Yatim dan asnaf, Kg. Silad, Hainin Abdullah.

EM

Tinggalkan komen anda