Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Enam RAY dan Pusat Tahfiz Terima Sumbangan Zakat

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Jemin Pangut/Vicky S. Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Enam buah Rumah Anak Yatim (RAY) dan Pusat Tahfiz sekitar Kota Kinabalu menerima sumbangan zakat, semalam.

Turut menerima sumbangan, 28 orang asnaf termasuk anak-anak yatim dan mualaf dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

. Pengerusi Parbadanan Baitul Mal Negeri Sabah, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid (kiri) menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada wakil pusat tahfiz sambil diperhati Tun Juhar (tengah) dan Shafie (dua dari kiri).

Abdul Ghani Abdul Rashid (kiri) menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada wakil pusat tahfiz sambil diperhati Tun Juhar (tengah) dan Shafie (dua dari kiri).

Pusat Tahfiz yang menerima sumbangan zakat ialah Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Kingfisher; Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Tanjung Aru dan Madrasah Raudah Al-Ulum, Sabandar sebanyak RM10 ribu masing-masing yang diberikan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Sementara itu Warisan Harta Sabah dan Cement Industries Sabah Sdn Bhd turut menyerahkan zakat sebanyak RM5 ribu masing-masing kepada RAY As-Sakinah, Lok kawi.

Hashim (kiri) mewakili Warisan Harta Sabah menyampaikan sumbangan kepada RAY As-sakinah Lok Kawi sambil diperhati Tun Juhar (tengah) dan Shafie (dua dari kiri).

Hashim (kiri) mewakili Warisan Harta Sabah menyampaikan sumbangan kepada RAY As-sakinah Lok Kawi sambil diperhati Tun Juhar (tengah) dan Shafie (dua dari kiri).

Manakala, Rumah Amal Kasih Kingfisher menerima zakat terbesar RM17,800 daripada Pusat Zakat Sabah (MUIS) yang disampaikan oleh Menteri Undang-undang Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar.

Pada majlis anjuran DBKK itu, Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni bersama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih dengan kira-kira 700 jemaah.

Terence Siambun (kiri) mewakili Cement Industries Sabah Sdn. bhd menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada RAY As-Sakinah Lok Kawi sambil diperhati Tun Juhar (tengah) dan Shafie (dua dari kiri).

Terence Siambun (kiri) mewakili Cement Industries Sabah Sdn. bhd menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada RAY As-Sakinah Lok Kawi sambil diperhati Tun Juhar (tengah) dan Shafie (dua dari kiri).

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

EM

Tinggalkan komen anda