Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Pasar COOP Inisiatif Terbaik Bantu Rakyat

By 6 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah (Barat Daya)

BALIK PULAU, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat ADUN Pulau Betong dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah menganjurkan Pasar Koperasi (COOP) bertempat di Perkarangan Masjid An-Nur, Titi Teras, Balik Pulau pada hari Sabtu yang lalu.

Inisiatif penganjuran Pasar COOP ini adalah salah satu  usaha membantu rakyat mendapatkan harga barangan keperluan harian dengan harga lebih murah lantas dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Antara pengunjung yang hadir untuk berbelanja

Antara pengunjung yang hadir untuk berbelanja

Penduduk tempatan, Zulkifli Omar 26, berkata barangan yang dijual di sini jauh lebih murah daripada di pasaraya.

Zulkifli Omar berpuas hati dengan harga yang ditawarkan di sini.

“Sebagai contoh beras 10 kilogram biasa dijual dengan harga RM26 sekampit namun disini harga yang ditawarkan RM23.

“Selain itu barang keperluan harian seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, sayur-sayuran, ayam, buah-buahan serta ikan turut menawarkan harga yang lebih murah, saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap,” ujar Zulkifli lagi.

Manakala menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Air Putih, Abdul Razak Din, program ini telah memberi impak positif kepada rakyat untuk menjimatkan wang saku mereka kerana  pelbagai barang keperluan harian yang dijual disini harga murah dan terus dari kilang.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan jika boleh seminggu sekali supaya program ini dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya,” katanya.

Tinggalkan komen anda