
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Program Pencernaan Minda anjuran Pejabat Penerangan (JaPen) Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan serta Belia Nibong Tebal telah berlangsung dengan jayanya kelmarin, Program berlangsung sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan telah berlangsung di Masjid Nurul Iman, Bukit Panchor baru-baru ini.

gotong royong menyediakan bubur lambuk antara pegawai dari JaPen , Pegawai Pejabat Tanah dan juga Ahli jawatankuasa Masjid
Dalam program ini, acara bermual dengan memasak bubur lambuk sebanyak 3 periuk besar secara bergotong royong bersama jawatan kuasa masjid dan penduduk setempat.
Turut diadakan perkongsian ilmu berkaitan kedatangan bulan Ramadhan oleh Ustaz Muzakir Hafiz Ahmad dari Belia Nibong Tebal. Majlis ini dirasmikan oleh Yazman Yahaya, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan Penolong Pengarah Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang Haji Ibrahim Hashim.
Khatib dan Imam Solat Jumaat dipimpin oleh Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang Izzuddin Brahim.
Selesai solat Jumaat acara mengedarkan bubur lambuk dan kurma secara percuma kepada jemaah serta pengedaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan oleh Skuad Mobile Kiosk Japen Sps.