Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Kerajaan Perak Komited Pelihara Kebajikan Rakyat

By 18 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Faizzad Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Kebajikan rakyat terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Perak.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata walaupun kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Harapan baharu meniti usia satu tahun, namun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi memastikan kebajikan rakyat negeri ini terus terpelihara.

“Antaranya ialah projek perumahan Rumah Perakku yang menawarkan rumah mampu milik bagi golongan B40 dan pemberian Kad Perak Prihatin yang membolehkan penerima memperoleh pembiayaan kesihatan RM300 setahun dan barangan runcit bernilai RM80 sebulan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa di Padang Orang Ramai Kampung Batu Melintang, di sini semalam.

Sebelum itu telah diadakan majlis gotong royong memasak bubur lambuk oleh penduduk Kampung Batu Melintang bersama jabatan dan agensi kerajaan Daerah Batang Padang.

Sebanyak 4000 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada penduduk di sekitar pekan Tapah bagi memberi peluang kepada rakyat untuk bertemu dengan pemimpin tempatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Aminuddin Zulkipli.

-SH

Tinggalkan komen anda