Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

100 Asnaf Terima Bantuan TEKUN

By 17 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto : MD.Zin A.Rahman/Erzufariza Zulkifly (Gua Musang)

Gua Musang 17 Mei ( Malaysiaaktif ) – Seramai 100 orang asnaf daerah Gua Musang menerima sumbangan daripada agensi TEKUN dan diraikan dalam program Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Penyampaian Sumbangan Zakat Peringkat Daerah Gua Musang yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Zulqarnain Zakaria.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan barisan kepimpinan komponen Pakatan Harapan peringkat daerah Gua Musang.

Majlis Berbuka Puasa Perdana TEKUN Bersama 100 Asnaf Gua Musang

Majlis Berbuka Puasa Perdana TEKUN Bersama 100 Asnaf Gua Musang

Menurut Zulqarnian, sumbangan dan penyerahan zakat ini membuktikan bahawa agensi kerajaan amat peka terhadap masyarakat untuk meringgan beban yang ditanggung oleh golongan asnaf di Daerah Gua Musang.

“Saya juga berharap agar program-program sebegini diperbanyakkan lagi kerana dapat mengeratkan hubungan antara agensi-agensi kerajaan, NGO dan masyarakat di daerah Gua Musang, ini” ujar beliau semasa ucapan perasmian.

Noriah Che Daud, 40, merupakan seorang penerima sumbangan zakat berkata “saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tekun Nasional Cawangan Gua Musang dengan sumbangan RM100 ini juga dapat membantu serba sedikit keperluan persiapan raya yang bakal menjelang di bulan hadapan.”

-NAZ

Tinggalkan komen anda