Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerjasama JaPen-MARA Papar Inisiatif Setahun Malaysia Baharu

By 18 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Suria bt karimĀ (Seberang Perai Selatan)

SIMPANG AMPAT, 18Ā MeiĀ (Malaysiaaktif)Ā – Promosi yang berkesan dan berpanjangan akan memberikan hasil yang positif jika ianya sampai kepada golongan sasaran telah yang dikenal pasti bagi mendapatkan sesuatu maklumat dan informasi.

Sebuhungan itu,Ā Sebagaimana yang telah kita ketahui pelbagai insentif telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan setelah 100 Hari Pakatan Harapan memerintah Negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Justeru itu, Pejabat PeneranganĀ (JaPen) Daerah SPS dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah SPSĀ telahĀ memuat naik bahan inforgrafik berkenaan Inisiatif-inisiatifĀ kerajaan dalam usaha membantu meringankan bebanan rakyat.

Diantara inforgrafik yang dipaparkan di layar LED milik MARA

Diantara inforgrafik yang dipaparkan di layar LED milik MARA

Infografik pada papan iklan elekronik ini berfungsi tanpa henti selama 24 jam. Maklumat yangĀ dipaparkan diantaranya adalah Kertas putih Felda, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi sebanyak RM120 juta yang akan dimanfaat oleh 1.2 juta pelajarĀ (RM100 setiap pelajar), Skim i-SURI sebanyak RM45 juta kepada 100 ribu suri rumah yang berdaftar dengan eKasih.

Mengenai kesihatan pula, insentif seperti ProgramĀ Perlindungan Kesihatan Takaful (MySalam) kepada 3.8 juta penerima. Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40(PeKa B40), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta dan banyak lagi.

Menurut Pegawai MARA Daerah SPS, Razima binti Abdul Rahman, beliau bersama kakitanganya akan sentiasa memberikan kerjasama dengan semua agensi kerajaan yang lain dalam memastikan apa jua maklumat dapat disalurkan kepada masyarakat yang berada disekitar Daerah SPS.

Menurut beliau lagi, paparan seperti ini banyak memberi kebaikkan dalam mempromosikan isentif isentif, kempen serta bantuan kerajaan utk rakyat katanya.

Tinggalkan komen anda