Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerajaan Tidak Pernah Abai Golongan Asnaf

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Faiz Bin Mansur/Azimee Bin Abdullah (Barat Daya)

BAYAN BARU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – seramai 253 penerima daripada kalangan asnaf di sekitar Parlimen Bayan Baru hari ini menerima bantuan Aidilfitri sumbangan daripada Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru.

Kesemua penerima ini diraikan dalam Majlis Iftar Perdana Parlimen Bayan Baru yang diadakan di perkarangan Pasaraya Giant, Bayan Baru. Program yang diadakan ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun oleh Ahli Parlimen Bayan Baru bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk bersama-sama menyambut hari lebaran.

Ucapan oleh Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru

 Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru ketika menyampaikan ucapan beliau.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Harapan sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan berusaha untuk menceriakan mereka sempena lebaran yang bakal tiba.

Dato’ Haji Abdul Malek Bin Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima

Dato’ Haji Abdul Malek Bin Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima

Kerajaan bersama dengan kementerian pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa mencari inisiatif terbaik dalam meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah. Diantar inisiatif yang dilaksanakan melalui Program Agro Pelancongan, Program Agropreneur Muda serta Program MyAgrosis yang dinyakini dapat menbantu masyarakat terutamanya  rakyat yang terlibat dalam bidang pertanian untuk meningkatkan pendaptan isi rumah.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Haji Halim Bon Hussain, Adun Batu Maung dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Malek Bin Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda