Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Ziarah Kasih Ramadan Santuni Keluarga Pelajar Kurang Berkemampuan

By 23 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)/Maktab Mahmud Sik

SIK, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Maktab Mahmud Sik (MMSik) menyampaikan sumbangan amal kepada 17 penerima terdiri daripada waris pelajar MMSik yang kurang berkemampuan sebagai kegunaan pada bulan Ramadan serta persediaan bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Mahyawati Yaacob, berkata pihak sekolah mewujudkan Program Ziarah Kasih Ramadan itu sejak tiga tahun lalu bermatlamat membantu keluarga pelajar dalam menuntut ilmu tanpa menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk tidak ke sekolah.

“Bantuan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula serta wang tunai itu merupakan hasil sumbangan daripada guru-guru, pelajar serta orang ramai yang bermurah hati menyumbang serta membantu golongan tersebut.

Jelasnya lagi, inisiatif ini adalah sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat kepada pelajar terlibat supaya dapat membantu keluarga keluar daripada kemelut kemiskinan melalui pendidikan.

“Kita merasai beban kos sara hidup yang semakin meningkat, apatah lagi golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan, dan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar.

“Kami mahu menyemai rasa tanggungjawab, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan pelajar serta komuniti setempat  terutamanya pelajar yang kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui, di sini pagi tadi.

-SH

Tinggalkan komen anda