Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pesta Kaamatan 2019 Berlangsung Sederhana, Meriah

By 30 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/ Jeffren Malaning, Johny George Kimlon, Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah berlangsung sederhana tetapi meriah di Dewan Hongkod Koisaan di sini pada Khamis.

Phoong turut memberi sokongan Dan mencuba aktiviti sukan tradisi.

Phoong turut memberi sokongan dan mencuba aktiviti sukan tradisi.

Sesuai dengan tema sambutan iaitu ‘Kaamatan Impowon Piunungan Koubasanan Tinaru’ atau ‘Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa’, ribuan pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama meraikan sambutan tersebut walaupun cuaca dilaporkan mencapai 34 darjah Celsius.

Acara yang bermula pada 9.50 pagi tadi, menghidangkan persembahan nyanyian koir oleh The Male Efficient dengan tiga buah lagu iaitu Sugali Sunsugali & Nogungan Duvanson Medley, Kaamatan Medley 1st Version serta Unduk Ngadau.

Phoong dan para kenaman turut melawat gerai-gerai pameran.

Phoong dan para kenamaan turut melawat gerai-gerai pameran.

Tarian Sayau Tatana dari suku Dusun Tatana, Kuala Penyu mendahului persembahan tarian tradisi diikuti tarian tradisi suku Dusun Liwan dari Ranau, Dusun Tindal (Kota Belud) suku Bisaya (Beaufort), Murut Nabai (Keningau) dan Dusun Tombonuo (Kota Marudu).

Turut membuat persembahan adalah pemenang-pemenang Bontungan Songkotoun (Lagu-lagu lama), Sungandoi Danzanak (Bintang Kecil) serta pemenang tempat ke 4 & ke-5 Sungandoi (Pertandingan Nyanyian) yang menyanyikan lagu-lagu etnik Kadazandusun.

Phoong dan para kenaman turut melawat gerai-gerai pameran.

Phoong dan para kenamaan turut melawat gerai-gerai pameran.

Turut hadir pada sambutan tersebut Timbalan Pengerusi Induk Sambutan Kaamatan Peringkat Negeri, Datuk Juil Nuatim yang mewakili Pengerusi Induk Sambutan Kaamatan Peringkat Negeri, Datuk Peter Anthony.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Abdul Muis Picho dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee juga hadir memeriahkan sambutan.

Pengenalan peserta-peserta Unduk Ngadau 2019.

Pengenalan peserta-peserta Unduk Ngadau 2019.

Selain tarian, 11 rumah tradisi dibuka kepada orang ramai yang ingin melihat seni, budaya serta keunikan etnik Kadazandusun Murut di samping pameran dan jualan kraftangan etnik di pedalaman.

Turut diadakan, sukan tradisi antaranya Mipulos (gusti tangan), Migazat Dukug (tarik tali), Momolositik (melastik), Rampanau (lari bergalah), Sipatu Tompupulangoi (terompah gergasi), Tumutu (memproses padi) dan Monungkava Kalabu (menjerat kerbau).

Pengenalan peserta-peserta Unduk Ngadau 2019.

Pengenalan peserta-peserta Unduk Ngadau 2019.

Pada sambutan itu, 64 peserta Unduk Ngadau Kaamatan diperkenalkan sebelum acara saringan akhir yang akan berlangsung petang esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadual menyempurnakan majlis penutupan sambutan Kaamatan di Hongkod Koisaan KDCA, esok.

-EM

Tinggalkan komen anda