Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

PL Harap Kerjasama Berterusan Dengan Pihak Media

By 21 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan (PL) sentiasa mengharapkan agar komitmen dan kerjasama yang baik dalam kalangan rakan-rakan media dapat diteruskan sama ada melalui pelaporan di media cetak, media elektronik mahu pun di media sosial.

Pengerusinya, Datuk Seri Amir Hussien berkata, PL sedia maklum dengan peranan media menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih kepada umum serta tanggungjawab yang dipikul oleh rakan-rakan media bukanlah suatu yang mudah.

“Saya turut menyeru agar pihak media juga turut beperanan dalam membantu untuk mempromosikan Pulau Labuan kepada umum yang bukan sahaja untuk komuniti di pulau ini malah disebar luaskan melalui hubungan rakan-rakan semua dengan pihak media luar,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar dan Majlis Apresiasi Media Bersama Pengamal Media Labuan 2019.

Salah seorang rakan media dari RTM menerima sijil penghargaan daripada Amir (tengah)

Salah seorang rakan media dari RTM menerima sijil penghargaan daripada Amir (tengah)

Katanya lagi, hubungan Silaturrahim antara pengamal Media Labuan dan Pengurusan PL yang telah lama terjalin itu secara tidak langsung memberi ruang kedua-dua pihak untuk berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

“Hubungan yang baik ini, walau pun telah lama terjalin namun keharmonian hubungan di antara media dan PL adalah perlu sentiasa disemai agar terus segar dan menjadi contoh kepada pengamal media yang lain.

“Oleh yang demikian, atas peranan dan tanggungjawab ini Perbadanan Labuan menghargainya dengan menganjurkan majlis seumpama ini walaupun secara tertutup,” jelasnya lagi.

Amir turut berharap rakan media dapat manjalankan amanah yang diberikan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan terutama dalam memberikan informasi yang tepat serta cepat kepada umum.

EM

Tinggalkan komen anda