Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jabatan Penerangan Nafi Iklan Jawatan Kosong Hanya Untuk Bumiputera

By 21 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia menafi mengiklankan jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 hanya untuk Bumiputera seperti yang disiarkan di laman sesawang persendirian Kerjaya.Co.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan jawatan kosong bagi kemasukan ke jabatan itu.

“Untuk makluman, sebarang urusan pengambilan bagi peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://www.spa.gov.my,” katanya.

Jabatan Penerangan berkata orang ramai boleh mengakses iklan sebenar di laman sesawang SPA melalui pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/iklanpeluang-kerjaya-dalam-perkhidmatan-aw-12.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda