Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Rakyat Tidak Putus Beri Penghormatan Terakhir

By 23 Mei 2019Jun 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto : Pai Syahira

PEKAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) – “Raja dan rakyat berpisah tiada” ungkapan sinonim Almarhum Paduka Ayahanda semasa hayatnya menunjukkan baginda memang dekat di hati rakyat apabila orang ramai tidak putus memberi penghormatan terakhir.

Tinjauan Malaysia Aktif mendapati orang ramai menghadiri upacara penghormatan terakhir dan ziarah meskipun menjelang 2.00 pagi.

Rakyat dari seluruh pelusuk negeri Tok Gajah hadir memberi penghormatan terakhir terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama berpakaian mematuhi protokol menzahirkan perasaan dengan penuh hiba dan sayu.

Orang ramai masih hadir memberi penghormatan terakhir kepada almarhum tuanku meskipun jam 2.00 pagi.

Orang ramai masih hadir memberi penghormatan terakhir kepada almarhum tuanku meskipun jam 2.00 pagi.

Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah tiba di perkarangan Istana Abu Bakar Pekan jam 8.45 malam tadi.

Selepas itu jenazah dibawa masuk ke Balairong Seri istana Abu Bakar pada pukul 9.20 malam untuk disemayamkan di atas persada Balairung Seri.

Antara yang hadir kerabat kerabat Diraja Pahang bersama hadirin turut menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Terdahulu jenazah Almarhum yang siap dikafankan dan disembahyangkan di Istana Negara dibawa pulang ke Pahang dengan menaiki pesawat A400M milik TUDM selamat tiba jam 7.17 malam di Pengkalan Udara Kuantan.

Sementara itu, sempena Adat Pemakaman yang dijadualkan akan berjalan selepas Zohor, beberapa jalan utama sekitar Pekan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula jam 8 pagi.

Tiga Jalan yang terlibat adalah, simpang Masjid Sultan Haji Ahmad Shah – Hospital Pekan,  Jalan Sultan Ahmad melalui Istana Saadah sehingga Jalan Teng Quee,  dan Jalan Tok Tuan berhampiran jalan Saadah.

Sementara itu, semua kenderaan berat tidak dibenarkan melalui bandar Pekan, di mana laluan mereka akan dilencongkan melalui jalan Kuantan-Segamat untuk ke destinasi masing-masing.

Dalam pada itu, jenazah almarhum baginda dijadualkan akan disembahyangkan di Masjid Sultan Ahmad Shah sebelum dimakamkan di makam Diraja Pekan, bersebelahan pusara bonda baginda selepas solat Zuhur.

Seramai 4 pegawai vigil bergilir menjaga jenazah almarhum tuanku oenuh istiadat sepanjang upacara ziarah dan penghormatan orang ramai.

Seramai 4 pegawai vigil bergilir menjaga jenazah almarhum tuanku oenuh istiadat sepanjang upacara ziarah dan penghormatan orang ramai.

 

-KN

Tinggalkan komen anda