Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JASMINE Santuni Golongan Memerlukan

By 17 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto:Ā  Krisha Selladurai / Mohamed Hirsham Azmi (Pontian)

PONTIAN, 17 Mei (Malaysiaaktif) ā€“ Pertubuhan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Pakatan Harapan Negeri Johor (JASMINE) mencecah usia setahun penubuhan di Negeri ini. JASMINE antara pertubuhan amal NGO yang banyak melaksanakan projek kebajikan yang memberi kesan serta manfaat kepada masyarakat khususnya buat golongan miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal.

Sempena bulan ramadhan, JASMINE telah merangka pelbagai program untuk mendekati golongan yang memerlukan. Antaranya program Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE yang telah dirasmikan oleh Pengerusi JASMINE juga Isteri Menteri Besar Johor, Dr. Nila Armila Mukdan di Dewan Serbaguna Kompleks Mukim Serkat, Pontian semalam.

Pengerusi JASMINE, Dr. Nila Armila Mukdan (tengah) bersama tetamu jemputan

Pengerusi JASMINE, Dr. Nila Armila Mukdan (tengah) bersama tetamu jemputan

Seramai 50 orang penerima dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, asnaf dan anak yatim telah menerima bantuan Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE. Sumbangan yang disampaikan berbentuk barangan keperluan harian, baucer KFC dan duit raya yang telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi JASMINE, Dr.Nila Armila Mukdan.

Dr.Nila Armila Mukdan berkata, JASMINE ditubuhkan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan isteri wakil-wakil rakyat melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti amal kebajikan di Negeri Johor. Untuk mendukung kejayaan perlaksanaan aktiviti kebajikan ini, beliau menyeru agar semua pihak tidak kira dari sektor Kerajaan, Swasta atau persendiran turut membantu JASMINE dari segi kewangan, tenaga sekarelawan dan buah fikiran demi membantu mereka yang kurang bernasib baik ini.

ā€œJASMINE akan terus menjadi pemacu kepada wanita di Johor dalam usaha memperkasakan peranan wanita supaya martabat dan pembabitan wanita dapat dipertingkatkanā€

ā€œJASMINE akan terus menjadi pemacu kepada wanita di Johor dalam usaha memperkasakan peranan wanita supaya martabat dan pembabitan wanita dapat dipertingkatkanā€

ā€œJASMINE akan terus menjadi pemacu kepada wanita di Johor dalam usaha memperkasakan peranan wanita supaya martabat dan pembabitan wanita dapat dipertingkatkanā€ ujarnya.

JASMINE mempunyai maksud tersendiri serta selari dengan objektif penubuhannya. Menurut Setiausaha JASMINE yang juga Isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Norsham Idris berkata, JASMINE melambangkan cantik serta lembutnya warna merah jambu pada logo JASMINE yang memberi pendekatan terhadap pelaksanaan JASMINE untuk mencapai objektif nya.

ā€œLembutnya budi, jiwa yang dilimpahi kasih sayang dan prihatin dalam mendekati golongan yang memerlukan perhatian, adalah nilai yang diterapkan dalam kalangan ahli JASMINE demi menjalankan tanggungjawab serta memikul amanah mendukung aspirasi negara dalam memperkasakan wanita dalam pelbagai sektorā€ ujar beliau dalam ucapannya semasa Program Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE.

Program Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan 18 DUN diseluruh Johor, mensasarkan seramai 500 orang asnaf dan golongan yang memerlukan bantuan akan didekati. Penyampaian geran aktiviti telah disampaikan dan diharapkan dapat menceriakan mereka yang kurang bernasib baik supaya dapat menjalani ibadah di bulan ramadhan seperti biasa.

Dr. Nila Armila Mukdan (empat, kiri) bergambar bersama Penerima bantuan Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE di Dewan Serbaguna Kompleks Mukim Serakt, Pontian

Dr. Nila Armila Mukdan (empat, kiri) bergambar bersama Penerima bantuan Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE di Dewan Serbaguna Kompleks Mukim Serakt, Pontian

Menurut Salisah@Dariam Md Dadron, 75 salah seorang yang penerima bantuan Program Sentuhan Kasih Ramadhan yang ditemui berasa sangat bersyukur atas sumbangan JASMINE. Sumbangan ini banyak membantu meringgankan kos perbelanjaan beliau menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini.

Dr Nila Armila Mukdan turut mengucapkan terima kasih kepada semua barisan Jawatankuasa Penyelaras yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini terutama semua Jabatan Kerajaan, NGO serta jawatankuasa penduduk kampung kerana membantu menyelaras Program Sentuhan Kasih Ramadhan JASMINE semalam. JASMINE tekad akan terus membantu golongan sasar dan golongan Ā yang Ā memerlukan Ā perhatian dalam negeri Johor.

Turut hadir, Speaker DUN Negeri Johor, Suhaizan Kaiat dan isteri, serta Pegawai Daerah Pontian Zulkifly Mohd Tahir serta isteri.

Tinggalkan komen anda