Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Sokongan Masyarakat Perlu Dalam Perangi Rasuah

By 21 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Rasuah merupakan satu perkara yang wajar diperangi daripada akar umbi lagi bagi memastikan ianya tidak merebak dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.

Setiap agama terutama agama Islam melarang umatnya daripada memberi dan menerima rasuah kerana ianya boleh mendatangkan kerosakan dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Rosdi Amir, berkata yayasan sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk turun padang bagi menyampaikan mesej tentang bahayanya rasuah kepada masyarakat setempat.

“Matlamat SPRM untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah akan terlaksana jika masyarakat dan orang ramai bekerjasama dalam membasmi gejala rasuah ini, tanpa sokongan dari masyarakat dan orang ramai, matlamat ini tidak akan menjadi realiti,” katanya ketika berucap sempena Program Ihya’ Ramadan Bersama Masyarakat Simpang Renggam dan Majlis Berbuka Puasa.

Turut hadir Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Malaysia Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, dan Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Rosdi Amir, serta masyarakat setempat.

Dalam majlis itu juga, Dr Maszlee Malik telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang asnaf.

-SH

Tinggalkan komen anda