Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Sumbangan YaPEIM Ceriakan Anak Yatim

By 26 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Noraidah Mat She (Jasin)

MERLIMAU 26 Mei (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan bulan Ramadan ini, berlangsung Program Iftar Perdana Inspirasi Ramadhan YaPEIM Peringkat Negeri Melaka 2019/ 1440H yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Masjid Al- Muttaqin, Kg Tedong, Merlimau di sini, Jumaat lalu.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam ucapan berkata bulan Ramadan ini seharusnya melatih diri kita untuk lebih cakna dan empati terutamanya kepada orang disekeliling dan msyarakat kita.

“Ibadah puasa melatih diri kita untuk merasai lapar dan dahaga agar kita dapat merasai dan menjiwai bagaimana perasaan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik yang sedang diuji dengan ujian kelaparan dan kebuluran kerana kekurangan makanan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YaPIEM kerana telah mengambil inisiatif dan pendekatan untuk membantu kerajaan bagi menyantuni masyarakat terutamanya dari golongan keluarga kurang berkemampuan dan anak-anak yatim serta miskin.

“Selaras dengan visi YaPIEM untuk menjadi institusi unggul yang menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah, aspek memperkukuhkan kesejahteraan sosial dan peningkatan modal sosial masyarakat sangat diberikan penekanan.

Dalam program tersebut seramai 500 orang anak yatim serta miskin menerima sumbangan daripada YaPEIM serta mock cek sebanyak RM120,000.00 turut diberikan oleh pihak YaPEIM.

Hadir sama dalam majlis Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Mukhtar Ramli, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Datuk Abu Bakar Sahari.

 

-KN

Tinggalkan komen anda