Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Tubuh NGO Kerana Prihatin Golongan Asnaf

By 3 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Walau pun baru mencecah sebulan lebih penubuhan, Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Kemaman kini mempunyai keahliannya yang tersendiri.

Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Kemaman ditubuhkan pada 24 Mac lalu dan sehingga kini terdapat seramai 30 ali yang aktif.

Prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan, Mohd Noor Mat Ail, 41 atau lebih dikenali sebagai Gbek oleh masyarakat setempat, menubuhkan sebuah Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Kemaman.

Gbek yang merupakan pengerusi pertubuhan berkata tumpuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini adalah untuk membantu kerajaan dalam mengenalpasti golongan B40 dan kalangan asnaf untuk mendapat bantuan dari agensi kerajaan.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Kemaman, Mohd Noor Mat Ail.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Kemaman, Mohd Noor Mat Ail.

“Nur Kasih akan menjadi ‘informer’ kepada kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan ini,” ujarnya.

“Sama ada hari bekerja ataupun hari cuti, saya atau ahli-ahli Nur Kasih yang berkelapangan akan ke kampung-kampung dalam daerah ini untuk mencari golongan yang memerlukan bantuan dan mengenalpasti jenis bantuan yang diperlukan oleh mereka'” katanya lagi.

Untuk rekod, sekitar minggu lalu NGO ini telah berjaya menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada lima keluarga yang kurang berkemampuan selain turut menghadapi masalah kesihatan seperti sakit jantung, penyakit paru-paru berair dan lain-lain lagi.

Antara penerima bantuan iaitu seorang ibu tunggal, Mek Mah Awang,  65, merupakan pesakit  tuberkulosi (TB) dan kencing manis yang tidak mampu untuk bekerja dan seorang pesakit lumpuh, Azuwan Ahmad, 48 selaku penerima bantuan kerusi roda serta tongkat berkaki empat di kediamannya, Kerteh.

Menyampaikan kerusi roda kepada Azuwan Ahmad di Taman Rumah Kuning Kemaman

Menyampaikan kerusi roda kepada Azuwan Ahmad di Taman Rumah Kuning Kemaman

Kunjungan NGO turut disertai oleh Pengerusi Pakatan Harapan Kemaman, Wan Marzuki Wan Sembok.

“Kebiasaanya kami akan turun bersama warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman (JKM) untuk bantuan susulan dari agensi kerajaan tersebut.” katanya mengakhiri perbualan.

EM

Tinggalkan komen anda