Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Klinik Kesihatan Rahmat Buat Penduduk

By 3 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Penyerahan Klinik Kesihatan Kampung Pasir Gajah secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya Kemaman kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman membabitkan peruntukan sebanyak lima juta diadakan dalam majlis serba ringkas, baru-baru ini.

Majlis menandatangani dokumen penyerahan diadakan di Kinik Kesihatan Kampung Pasir Gajah yang disampaikan oleh Jurutera Daerah, Ir. Kamarudin Hassan kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan, Doktor Norul Huda Che Nordin dengan disaksikan oleh Ketua Penolong Setiausaha daripada Bahagian Pembangunan Cawangan Pengurusan Projek (Timur), Kementerian Kesihatan Malaysia, Sathiaseelan a/l Perumal.

Majlis menandatangani dokumen antara Jurutera Daerah, Ir. En. Kamarudin Hassan (duduk, kanan) kepada Pegawai Perubatan dan Kesihatan mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Norul Huda Che Nordin (duduk, kiri).

Majlis menandatangani dokumen antara Jurutera Daerah, Ir. En. Kamarudin Hassan (duduk, kanan) kepada Pegawai Perubatan dan Kesihatan mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Norul Huda Che Nordin (duduk, kiri).

Klinik kesihatan ini menggantikan Klinik Desa Kampung Pasir gajah yang merupakan tempat tumpuan penduduk jika ada sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Untuk rekod, Kilinik Kesihatan Kampung Pasir Gajah telah mula beroperasi pada 10 Februari 2019 yang menyediakan perkhidmatan kesihatan penjagaan ibu dan anak, pesakit luar dan kecemasan.

Klinik Kesihatan dikunjungi oleh pesakit

Klinik Kesihatan dikunjungi oleh pesakit

Bagi juruteknik penghawa dingin, Mohd Ibrahim Zakaria, 33, beliau berasa bangga kerana impian penduduk di sini untuk mempunyai klinik Kesihatan di kampung ini kini menjadi kenyataan.

“Selain memudahkan penduduk kampung di sini dan kampong sekitar, klinik ini juga lebih luas dan selesa berbanding dengan klinik desa sebelum ini,” katanya.

Mohd Ibrahim Zakaria bangga klinik kesihatan berjaya diwujudkan di sini.

Mohd Ibrahim Zakaria bangga klinik kesihatan berjaya diwujudkan di sini.

“Klinik kesihatan ini juga dapat menjimatkan kos pengangkutan penduduk sekitar kerana tidak perlu ke Bandar (Bandar Chukai) yang jaraknya sehingga 15-20 kilometer dari sini untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi Mustafa Muda, 67, berkata lokasinya yang lebih tinggi iaitu terletak di atas bukit dilihat sebagai tempat yang strategik kerana kampung ini sering mengalami banjir setiap kali masuk musim tengkujuh.

Mustafa Muda, antara orang lama di sini

Mustafa Muda, antara orang lama di sini

“Saya amat bersyukur hasil usaha kerajaan untuk merealisasikan keinginan penduduk mempunyai klinik kesihatan di Kampung Pasir gajah menjadi nyata,” ujarnya.

Klinik kesihatan Kampung Pasir Gajah menempatkan dua orang pegawai perubatan, seorang jururawat kanan dan tujuh orang petugas kesihatan untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

EM

Tinggalkan komen anda