Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Anak Tempatan Bina Empayar ke Luar Negara

By 3 Jun 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Bangga bila mengetahui tiga orang anak tempatan ini sudah membina empayar di luar negara, apa lagi salah seorang daripada mereka merupakan anak kelahiran Sabah.

Mengusahakan syarikat DD Family (M) Sdn Bhd secara bersama, tiga sahabat, Kenneth Lim, Lawrence Wong dan Katak Chua telah menjadi pemegang tunggal lesen dalam memasarkan barangan runcit jenama DD Family, bukan sahaja di Malaysia, malah Asia Tenggara.

Dari kiri:Lawrence Wong, Kenneth Lim , Chen Chang Xin, Katak Chua berjaya melebarkan empayar ke luar negara.

Dari kiri – Lawrence Wong, Kenneth Lim , Chen Chang Xin, Katak Chua berjaya melebarkan empayar ke luar negara.

Menurut Katak, DD Family merupakan syarikat anime yang menjual barang bersifat intelektual, ia bermula dengan empat karakter iaitu DD Bear, DD Cow, DD Penguine dan DD Pig yang direka oleh artis komik terkenal di Shenzen pada 2018.

“Kami mempunyai visi yang sangat besar, iaitu ingin mencipta satu platform dengan menawarkan produk yang berkualiti kepada masyarakat di seluruh dunia.

Karakter DD yang menarik minat ramai pengunjung untuk singgah ke butik.

Karakter DD yang menarik minat ramai pengunjung untuk singgah ke butik.

“Kini, dengan pembukaan butik barangan yang pertama dari DD Family di Kompleks Membeli Belah Suria Sabah awal bulan ini, kami juga membantu pengusaha tempatan dengan membawa produk-produk mereka ke dalam butik ini.

“Kami telah menyediakan satu sudut di premis kami yang menawarkan produk biskut DD yang merupakan buatan tempatan serta minuman teh DD yang diproses menggunakan teknologi tinggi.

Antara barangan DD yang mampu menarik minat masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Antara barangan DD yang mampu menarik minat masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Dengan berkunjung ke premis kami, pastinya pelanggan akan seronok kerana dapat merakamkan kenangan dengan watak DD dan boleh mencuba nasib menggunakan mesin permainan claw yang kami sediakan di sana,” katanya.

Menurut Katak, perniagaan mereka kini juga semakin berkembang dengan menandatangani banyak kontrak bersama beberapa platform media, pihak pengeluar, kompleks membeli-belah dan pemaju perumahan.

Biskut DD yang ditawarkan mampu membantu ekonomi pengusaha tempatan.

Biskut DD yang ditawarkan mampu membantu ekonomi pengusaha tempatan.

“Selain itu, kami juga terlibat dengan banyak produk lain seperti emas 18k, barangan perak, barangan rumah, produk elektrik, pakaian, alat tulis, makanan dan minuman yang terletak di Tanah Besar China dan juga Hong Kong.

“Justeru, kami juga berharap platform ini dapat membantu pengeluar dan usahawan tempatan Sabah khususnya dan Malaysia amnya untuk mengusahakan jenama sendiri dengan menyertai DD Family.

Pelbagai pilihan karakter disediakan untuk pelanggan.

Pelbagai pilihan karakter disediakan untuk pelanggan.

“Kami percaya rakyat Malaysia mempunyai banyak produk yang berkualiti tinggi yang mampu menarik pelancong untuk melawat negara kita, dengan tambahan biskut buatan sendiri, ia pastinya akan menjadi produk wajib beli oleh pelancong yang melawat ke Sabah.

“Apa yang pasti juga, dengan memasarkan produk bertaraf antarabangsa, butik DD Family akan menjadi lokasi wajib singgah untuk pelancong dari China, Taiwan, Korea, Jepun dan Hong Kong,” katanya bangga.

Persembahan tarian singa menyerikan majlis pembukaan butik DD.

Persembahan tarian singa menyerikan majlis pembukaan butik DD.

Dalam beberapa bulan lagi, anak-anak muda ini akan memulakan perniagaan pelesenan dalam DD Family Food and Beverages (F&B).

“Kini kami mempunyai beberapa rakan perniagaan yang akan memulakan DD F&B di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan juga Sabah sendiri dalam beberapa bulan akan datang.

Persembahan tarian singa menyerikan majlis pembukaan butik DD.

Persembahan tarian singa menyerikan majlis pembukaan butik DD.

“Kami menyasarkan 300 outlet DD F&B di sekitar Malaysia dalam tempoh tiga tahun dan enam cawangan butik di negara-negara terpilih di seluruh negara.

“Kami percaya dengan sokongan rakyat dan kerajaan Sabah, Malaysia dan China, kita boleh realisasikan hasrat ini hingga ke Asia Tenggara dan tidak lama lagi ke seluruh dunia,” harapannya.

Merakamkan kenangan bersama selepas upacara perasmian butik DD.

Merakamkan kenangan bersama selepas upacara perasmian butik DD.

Katak mewakili rakan-rakannya juga turut berterima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Menteri Perdagangan Dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Darell Leiking yang memberikan sokongan untuk mempromosikan DD Family kepada pelancong.

Katanya juga, DD Family akan menyertai Gwangju Ace Fair 2019 (Asia Content and Entertainment Fair) yang merupakan Pameran Perdagangan Antarabangsa di Kwangju, Republik Korea pada September akan datang.

EM

Tinggalkan komen anda