Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lawatan Singkat Tun Mahathir ke Sabah

By 3 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengadakan lawatan singkat ke Sabah.

TIBA...Tun Mahathir (kanan) bersalaman dengan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony, sambil diperhatikan Aidi (kanan).

TIBA…Tun Mahathir (kanan) bersalaman dengan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony, sambil diperhatikan Aidi (kanan).

Beliau yang menaiki pesawat khas tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi menghadiri Majlis Iftar Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandaraya Likas, pada semalam.

Selesai majlis tersebut, beliau dan rombongan berlepas pulang ke ibu negara pada 8.45 malam.

DOA...Shafie (kanan) bersama jemaah menteri mengaminkan doa keberangkatan balik Tun Mahathir (dua dari kanan) dan Tun Siti Hasmah (tiga dari kanan).

DOA…Shafie (kanan) bersama jemaah menteri mengaminkan doa keberangkatan balik Tun Mahathir (dua dari kanan) dan Tun Siti Hasmah (tiga dari kanan).

Antara yang hadir mengiringi keberangkatan beliau adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib; Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr. Yusuf Yacob dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Hal Ehwal Parlimen), Datuk Liew Vui Keong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

-EM

Tinggalkan komen anda