Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Bonus Aidilfitri Bukti Kerajaan Hargai Penjawat Awam dan Pesara

By 1 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Suhaimi Nik Wil/Mohd Zulfadli Ab Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Pengumuman bayaran bonus raya kepada 1.5 juta kakitangan awam gred 56 ke bawah dan 0.8 juta pesara yang akan dilunaskan pada 24 Mei 2019 jelas membuktikan keperihatinan kerajaan menjaga kebajikan kedua-dua golongan ini.

Bonus itu nanti sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat, khususnya persiapan menyambut Aidilfitri nanti.

Pembayaran bonus kepada kakitangan awam dan pesara melibatkan perbelanjaan sejumlah RM855 juta.

Kakitangan awam sewajarnya terus memberi sokongan kepada kerajaan hari ini selaras dengan prinsip perkhidmatan awam iaitu menyokong dan mendokong konsep “goverment of the day!”

Sebahagian pesara menguruskan transaksi di bank

Sebahagian pesara menguruskan transaksi di bank

Menurut seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, Kuala Krai, Norzeha Awang, 42, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pengumuman bonus yang telah dibuat itu.

“Ternyata ianya satu pengumuman yang melegakan dan kerajaan telah melakukan apa yang difikirkan perlu untuk membantu rakyat Malaysia termasuk pesara dan berita baik ini sudah tentu mengembirakan,“ ujarnya kepada MalaysiaAktif.

Manakala seorang pesara kerajaan Mohd Nor Hussin 62, tahun, berharap kakitangan awam dan pesara memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

“Berilah peluang kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara yang masih lagi belum pulih sepenuhnya, sentiasalah menyokong dasar dan perancangan yang dilakukan kerajaan, sesungguhnya kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada sokongan dari kakitangan awam,“ ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda