Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pasaraya Digalak Tawar Harga Lebih Murah – Saifuddin

By 1 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman/Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati apabila ada pasaraya besar menawarkan harga yang lebih murah.

“Saya gembira apabila pasaraya besar ini menawarkan harga lebih murah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan, dengan ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat berjimat dalam membeli barangan keperluan harian,” katanya yang ditemui sempena Majlis Amal Sumbangan Raya Tesco-KPDNHEP.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menyampaikan sumbangan kepada hampir 200 orang penerima golongan berpendapatan rendah dan asnaf sekitar di sekitar sini.

Sumbangan berupa baucar pakaian raya bernilai RM150 dan barangan keperluan harian disediakan bagi mengurangkan beban mereka ini menyambut hari raya.

Penerima bantuan, Faizal Ahmad, 37, bersyukur dengan sumbangan yang disampaikan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keperluan harian menjelang hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

“Baucar yang saya dapat ini akan saya gunakan dengan membeli pakaian untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di pasaraya tersebut, di sini semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda