Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Chong Wei Umum Bersara

By 13 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini mengumumkan untuk ‘menggantung raket’ selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Pengumuman mengenai persaraannya itu dilakukan dalam satu sidang media khas di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini.

Turut hadir pada sidang media itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Menteri Steven Sim dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pada sidang media dihadiri media tempatan dan luar negara tersebut, pemain berusia 36 tahun itu dalam nada sebak dan dilihat mengalirkan air mata, berkata ia adalah satu keputusan yang berat untuk dilakukan kerana beliau sangat sayangkan sukan badminton yang diceburinya sejak berusia 10 tahun.

“Hari ini, semua orang tahu saya mahu mengumumkan persaraan saya selepas 19 tahun dalam BAM. Memang berat untuk saya buat keputusan ini, kerana saya amat menyintai sukan ini. Tapi buat masa sekarang apa yang penting untuk saya sekarang adalah kesihatan saya.  — BERNAMA

Tinggalkan komen anda