Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Gangguan Air Tidak Berjadual Kawasan Gombak

By 18 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Beberapa lokasi sekitar Gombak akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Taman Prima Sri Gombak, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata penutupan sementara bekalan air bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip.

Menurut beliau, kawasan terlibat adalah Kampung Kuantan, Taman Bolton, Taman Setia Gombak, Kampung Lee Kong Chian, Taman Gemilang, Taman Sri Gombak, Kampung Melayu Sri Gombak, Taman Gombak Jaya, Tmn Suria Setapak, Sungai Mulia, Taman Gombak Setia dan Teratai Mewah.

“Turut terlibat adalah Astana Gemilang, Kampung Sri Gombak Indah, Taman Harmonis, Batu 3 hingga Batu 5 Jalan Gombak, Kampung Tengah Gombak, Taman Ibu Kota, Batu Caves Centre Point, perusahaan ringan dan Taman Indah Gemilang.

Kerja-kerja pembaikan paip pecah sedang dijalankan

Kerja-kerja pembaikan paip pecah sedang dijalankan

“Kawasan lain di Bukit Lela, Pinggiran Batu Caves, Taman Pewira Gombak, Desa Minang, Prima Sri Gombak, Taman Sahabat, Kampung Changkat, Simpang Tiga, Taman Setapak, Kampung Kerdas, Taman Berlian, Taman Setapak Permai,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Air Selangor tempoh baik pulih mengambil dijangka selesai dalam masa selama 24 jam, namun sebarang perkembangan mengenainya akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

“Lori tangki air akan digerakkan selain usaha meminimakan impak gangguan bekalan kepada pengguna di kawasan terjejas.

“Pengguna boleh mengikuti perkembangan semasa dan status terkini gangguan melalui aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda