Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Joo Ven, Liew Daren Mara Pusingan Kedua

By 6 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Pusingan pertama Terbuka Australia hari ini, menyaksikan beberapa pemain Malaysia berjaya meneruskan cabaran negara ke pusingan kedua selepas mengalahkan lawan masing-masing, namun beberapa yang lain termasuk perseorangan nombor satu negara Lee Zii Jia pulang awal.

Pemain perseorangan negara yang kini berada di ranking ke-72 dunia, Soong Joo Ven dan Liew Darren berjaya meneruskan cabaran selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Joo Ven yang menewaskan pemain Hong kong, Vincent Wong Wing Ki, 21-16, 21-8, akan bertemu pemain Thailand Sitthikom Thammasin esok, manakala Darren akan bertemu pemain pilihan utama kejohanan Chow Tien Chen (Taiwan) esok, selepas lawannya hari ini, Shesar Hiren Rhustavito (Indonesia) menamatkan perlawanan pada set kedua.

Nasib tidak menyebelahi beberapa pemain lain, termasuk Zii Jia yang gagal mengulangi aksi cemerlang di China bulan lepas, apabila tewas kepada pemain pilihan keenam dari India, Sameer Verma 15-21, 21-16, 12-21. Dua lagi pemain negara yang mengiringi Zii Jia terkeluar di pusingan pertama itu, Cheam June Wei dan Chong Wei Feng.

Perseorangan wanita negara yang juga juara remaja dunia, Goh Jin Wei gagal meneruskan cabaran apabila tewas kepada rakan sepasukan, Soniia Cheah 21-12, 21-18. Soniia akan bertemu pemain pilihan keempat, Ratchanok Intanon dari Thailand, esok. –BERNAMA

Tinggalkan komen anda