Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Liputan Unifi Seluruh Kampung Labuan

By 22 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus / Ramlen Salleh (Labuan)

LABUAN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar perkhidmatan Unifi dapat meliputi 27 kampung di Labuan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, buat masa ini hanya 10 kampung sahaja yang menerima liputan Unifi daripada 27 buah kampung yang terdapat di Labuan.

“Mengikut statistik SKMM, pelanggan jalur lebar di Wilayah Persekutuan Labuan bagi pelanggan FTTH (Unifi) iaitu seramai 2,808 daripada 6,760 ports (45.1 peratus) manakala pelanggan Non FTTH (xDSL – Strymax) 4.356 daripada 13,869 port (31.4 peratus),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah SKMM Sabah, Roslan Mohamad baru-baru ini.

Pada pertemuan itu beliau turut menyarankan agar pihak SKMM dapat memberikan perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi tumpuan strategik di sekitar Labuan selain membincangkan pemberian lesen ISP dan ASP untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pihak SKMM memaklumkan mereka telah menaiktaraf perkhidmatan internet untuk Labuan Financial Servies Authority (Labuan FSA) dari 100mbps kepada 800mbps bermula pada bulan Jun 2019.

“Pihak SKMM juga menyatakan sokongan dan komitmen untuk menjadikan Pulau Labuan sebagai sebuah Bandar Pintar dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkelajuan tinggi (5G) selaras dengan usaha kerajaan menjadikan Pulau Labuan sebagai destinasi pelancong serta pelabur industri,” tambahnya.

Perjumpaan itu katanya adalah susulan daripada kunjungan beliau terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo pada bulan Mei lalu dan pengurusan SKMM di Cyberjaya bagi mencari penyelesaian kepada masalah talian komunikasi di Pulau Labuan yang agak perlahan dan kurang memuaskan.

-EM

Tinggalkan komen anda