Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Usaha Terapkan Nilai Murni Berdepan Cabaran Sukar

By 22 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUCHING, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Usaha menerapkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan selaras dengan prinsip Rukun Negara kini berdepan dengan cabaran sukar.

Menurut Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, masyarakat kini menjadikan media baharu sebahagian daripada budaya hidup.

“Dalam era perkembangan teknologi yang sedang berkembang ini teknologi moden dilihat mempengaruhi kehidupan masa kini dengan rancaknya.

“Generasi muda kini lebih terdedah dengan kepelbagaian budaya moden di media baharu yang dianggap lebih bebas dan terbuka,” katanya ketika berucap merasmikan program Pameran Kenegaraan dan Bintang Patriotik, di sini hari ini.

Tiga sekolah berentap pada peringkat akhir, SMK Sadong Jaya, Samarahan, SMK Matu, Sarikei dan SMK Seri Patiambun, Limbang.

Tiga sekolah berentap pada peringkat akhir, SMK Sadong Jaya, Samarahan, SMK Matu, Sarikei dan SMK Seri Patiambun, Limbang.

Willie berharap kefahaman dan penghayatan rukun negara dalam kalangan generasi muda pada era kemajuan teknologi media baharu perlu diberi perhatian lebih.

“Usaha berterusan memupuk semangat perpaduan perlu dipertingkatkan kerana mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh mampu membentuk negara yang mempunyai generasi muda yang berkualiti, berdaya saing dan berdisiplin,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun, Limbang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung siang tadi sekaligus mewakili negeri tersebut dalam pertandingan sama peringkat kebangsaan Julai nanti.

Tinggalkan komen anda