Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Transformasi RTM Memastikan Stesen Penyiaran Kekal Relevan, Berdaya Maju

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ Foto: Juslie Bacle/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini mengorak langkah menuju transformasi meliputi semua aspek bagi memastikan stesen penyiaran kekal relevan dan berdaya maju.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nor Yahati Awang berkata, ia sejajar saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) agar RTM menonjolkan imej baharu bagi memastikan RTM mampu bersaing secara sihat dengan stesen swasta tempatan dan di peringkat antarabangsa.

Ketibaan Samsuni disambut oleh Nor Yahati.

Ketibaan Samsuni disambut oleh Nor Yahati.

“Terbaharu, RTM menampilkan siaran radio secara visual di televisyen yang mana pelaksanaan ini disokong dengan penggunaan teknologi 5G.

“Dengan penggunaan teknologi tersebut, ia dapat membantu RTM menyampaikan maklumat dan berita dari negeri-negeri dengan lebih pantas dan berkesan,” ujarnya.

Tambah Nor Yahati, RTM turut menapak selangkah lagi melalui pembangunan Media City Angkasapuri.

“Projek yang mengambil konsep dan idea daripada Bandar Media United Kingdom itu bertujuan menaik taraf dua saluran transmisi analog sedia ada kepada 10 saluran HD yang mana RTM Sabah khususnya melalui siaran berita turut terlibat dalam projek mega ini.

Samsuni (kanan sekali) melawat gerai juadah sambil menikmati juadah yang disediakan

Samsuni (kanan sekali) melawat gerai juadah sambil menikmati juadah yang disediakan

“Projek ini bakal dilengkapi dengan infrastruktur moden seiring dengan perubahan teknologi semasa ke arah rangkaian TV digital yang komprehensif,” katanya semasa berucap pada majlis Rakaman Khas Salam Aidil Fitri, pada khamis.

Turut hadir Setiausaha Persekutan Sabah, Dato Samsuni Mohd Nor dan Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

-EM

Tinggalkan komen anda